Powered By Blogger

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kerang/Lokan - kohang bikking



Hah, terasa tertarik pula nak memperkatakan mengenai sejenis kepah/kerang. Di tempat saya dibesarkan di sandakan amat banyak tapi tak pernahpun makan walaupun tahu ianya boleh dimakan. Namun beberapa hari lepas mak mentua sorang kawan ni bawa banyak daripada kudat. Entah tetiba sajaha nak rasa macammana rasanya. Okaylah...not to bad..

Kerang ni namanya kohang bikking dalam bahasa bajau pantai timur Sabah. Biasanya ditemui di tepian2 pantai. Dulu kat sandakan adalah jugak kelaut saja budak2 masa tuh rasa ingin tahu tuh memang tinggi walaupun memang tak dibenarkan pergi laut oleh ibubapa. Biasanya kami cuma akan makan ambal-sejanis siput dan juga kerang yang ada dilaut tapi bukan kohang bikking ni kerana ia hidup diperkarangan penempatan manusia.

Namun semua itu dah lama berlalu, penempatan yang dihuni selama lebih kurang 30tahun kemudiannya telah diambil alih entah oleh siapa...tak pernah tahupun dan mungkin saya tak ingin nak tahu pun. Kawasan itu sampai sekarang ni masih dalam pembinaan.Mungkin itulah kesan pembangunan dan kemajuan dan harus akur dengan semua itu. Kali terakhir kami berpindah selepas raya aidil-adha dalam Februari tahun 2002. Ada hikmah diatas sesuatu kejadian......iyea kan!!!